Kenapakah Saya memilih topik hari ini tentang pintu syurga dibuka?
Ada ahli tafsir yang menjelaskan bahawa dibuka baginya pintu syurga ialah Allah akan memudahkannya jalan baginya menuju syurga. Bagaimana caranya? Allah akan menyediakan amalan-amalan untuk dilakukan yang akan menjadi asbab dia menuju pintu tersebut.
Hadis ini menceritakan perihal syurga yang dibuka pintunya, memanggil-manggil mereka yang ingin memasukinya. Hanya mereka yang beriman, yang mempercayai wujudnya syurga akan berharap masuk ke dalamnya, hanya mereka yang ingin berjumpa Allah di akhirat kelak memahami bahawa jalan berjumpa Allah dan menatap wajah ‘Azzawajalla’ hanyalah melalui pintu syurga Firdaus!









