• Facebook
  • Whatsapp
  • Youtube
  • Instagram
RH Qiroat Centre
  • HOME
  • MENGENAI RHQC
    • MESEJ PENGASAS
    • PENGASAS RHQC
  • JADUAL KELAS
    • JADUAL KELAS RAMADAN
  • AKTIVITI RAMADHAN
    • TADARUS AL-QURAN
  • PROGRAM KELAS
    • VIDEO KELAS BERBAYAR
      • QIROAT AL-JAZARI (TOYIBBAH)
      • QIROAT SHATIBI
      • TUTORIAL QIROAT
        • Tutorial Riwayat Syu’ba
        • Tutorial Ibnu Kathir
        • Tutorial Ibnu Amir
        • Tutorial Hamzah
        • Tutorial Qalun
        • Tutorial Al-Kisaei
    • VIDEO KELAS PERCUMA
      • PERKEMASKAN TAJWEED
      • TADABBUR AL-QURAN
      • WAKAF & IBTIDA’
      • I’RAB AL-QURAN
      • HADITH RIYADUS SALIHIN
      • METODOLOGI 10 QIROAT (SHATIBI)
        • RIWAYAT QALUN
        • RIWAYAT WARSY
        • QIROAT IBNU KATHIR
        • QIROAT HAMZAH
        • QIROAT AL-KISAEI
    • NOTA TUTORIAL
      • Imam Shatibi VS Imam Al Jazari
      • Nota Tutorial – Februari 2022
  • MY ACCOUNT
    • LOGIN
    • RHQC MEMBER
      • MEMBERSHIP LEVEL
      • MEMBERS DIRECTORY
  • SUMBANGAN
    • INFAQ RAMADHAN
  • BLOG
    • BULETIN KELAS
    • Your shopping bag is empty.
      Go to the shop
Profile Photo

RHOffline

  • 1

    Posts

  • 0

    Comments

  • 1.1K

    Views

  • Overview
  • Info
  • Media
  • Activity
  • Posts
  • More
    • Friends 1
    • Forums
    • Articles
    • Media 0
    • RH QC LINKTREE
  • Posts

Nisfu Sya’ban 1443H (2022)

  • March 18, 2022
  • Mesej Pengasas, Nisfu Sya'ban
  • 1

Sempena Mlm Nisfu Syaaban, usaha untuk minta pada Allah 1. Minta ampun dosa sejak akil baligh hingga kini 2. Minta Allah terima amalan kita drpd akil...

Read More
Please wait...
Sign in to your account

About Me

RH

Founder & Co-ordinator & Tutor of RH Qiroat Centre

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar semua?

Didoakan semua sihat dan kita berjaga-jaga dengan keadaan Covid ketika ini.

Pengenalan kepada RH QIROAT CENTRE

RH QIROAT CENTRE adalah 1 stop centre untuk semua seawal usia 7 tahun hingga le kita sedewasa dewasa ini. Banyak program yang di sediakan utk semuà lapisan masyarakat kita.

  • 1 ) Solat Berjemaah - Iaitu Fadhu Ain, Wudhu ada dlm recording utube RH QIROAT CENTRE
  • setiap Sabtu 9.45 pagi
  • 2) Huraian Hukum Tajweed dan bacaan betul dari segi sifat huruf, sebutan dan makhraj - Setiap Ahad 8.30 pagi
  • 3) Tadabbur Quran - Setiap Selasa 9.15 malam
  • 4) Irab Harfiah - Setiap Rabu 8.00 malam
  • 5) Hadith Riyadhus Solihin - Setiap Khamis 5.15 ptg
  • 6) Methodologi Qiroat 10 - Setiap Isnin 8.00 malam
  • 7) Kelas membaca Qiroat Hamzah - Setiap Selasa 5.15pm

Coretan peribadi:

Ketika kecil, ingatan untuk hanya makan dan bermain. Ketika remaja pakaian menjadi pilihan hati. Penting juga hubungan dan pandangan dari kawan-kawan ( peer group) Meningkat ke 17 ke 20 tahun, fokus kepada pelajaran dan kerjaya dengan mengejar sijil SPM, Diploma, Ijazah dan sebagai nya.

Meningkat umur ke 23 ke 30, kita ke alam pekerjaan dan berumah tangga. Berbagai karenah dalam rumah tangga, mendidik anak, zaman persekolahan anak anak, begitu juga cabaran  dalam alam pekerjaan untuk saraan kehidupan keluarga. Tambahan lagi tugas dan tanggung jawap bagi yang ada lagi ibu bapa yang perlu lawat, ditanggung, dijaga dan dilayan.

Tanpa disedari umur telah meningkat ke 50an. Ketika ini, anak2 kita pun selalu nya  sibuk dengan urusan mereka sendiri.  Ramai juga yang mengahwinkan anak - anak ketika dalam lingkungan umur 50an ini, pada pertama kali mengalami kerisauan terhadap jemputan, makanan, serta kehadiran tetamu.

Ketika umur ini juga, selalu nya kita telah mula memikirkan hari akhirat, berjinak dengan al Quran dan belajar berbagai ilmu dari surau dan masjid. Juga masa kita berangkat ke Umrah dan Haji

Banyak kepincangan dalam ilmu ugama yang di rasakan, bacaan Quran tidak tepat, hukum2 Fekah belum cukup di fahami, tidak berapa faham makna ayat2 suci yang di baca, Hadith pun belum banyak didengari dan berbagai lagi.

Setiap kita sudah tentu memikirkan hari Akhirat,  mahukan bekalan untuk di bawa ke sana.

Kami yakin insya Allah di RH QIROAT CENTRE ,  ada banyak  program percuma atau berbayar , mungkin  ada dua atau tiga program yang dijalankan dapat menepati cita setiap individu. Masuk lah program yang di liskan pada awal muqadimah tadi, pada hari dan waktunya yang di senaraikan.

Kami berharap semua yang pernah dan sedang hadir dapat mengajak seramai nya sedara mara, kawan - kawan untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu di RH QIROAT CENTRE yang  di jalankan olih guru- guru jemputan kami.

Sementara program berbayar adalah secara individu dengan guru -guru Arab Mesir (One to one Programme). Pengkhususan program tawaran RH QIROAT CENTRE adalah perbetulkan bacaan Quran dari segi sebutan, makhraj dan sifat huruf Hijaiyah. Tawaran ini mengikut masa 1 jam atau pakej yang amat sederhana yurannya.

Yang telah cekap dalam bacaan al Quran bolih mengambil sanad untuk 10 Qiroat toriq Shatibiyah. Qiroat 10 ini mutawathir, ia itu bertali dari guru ke guru dan seterus nya hingga ke  Rasullulah saw.  Kita juga menawarkan 10 Qiroat dalam Toriq Jazari (Toyibbah). Makna nya banyak lagi yang perlu di pelajari, dan ini kita mengikut Sunnah Rasullulah saw. Untuk mengambil program ni, perlu menghabiskan bacaan 30 juzuk dan yuran nya juga amat sederhana, perlu habiskan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan.

Di samping itu kita sediakan infrastruktur, program integrasi dari saspek kita ada beri syarahan dalam "Methodologi Qiroat 10" ia itu teori nya tentang setiap Qiroat. Apa kah teori itu ?, ia adalah peraturan, cara, method dan usul untuk membaca setiap Qiroat yang berbeza-beza. Maka kita belajar dengan guru-guru Arab, yang bukan sahaja memberi penerangan tentang cara bacaan, akan juga membetulkan  bacaan kita ke lahjah Arab. Jika masih mahukan pengukuhan dan mantap dalam Qiroat itu, bolih masuk sessi "Tutorial", ia itu sessi pembimbingan. Tutorial ini adalah praktikal training, pelajar dapat membaca dan di bimbing olih Tutor dalam sesuatu Qiroat itu yang di pilih. Kami di RH QIROAT CENTRE mahukan pelajar mendapat pengukuhan dalam memahami sesuatu Qiroat yang di pelajari nya dengan baik.

Kami juga menawarkan pembelajaran Bahasa Arab Fushah dan A'miyah mengikut keperluan individu atau kumpulan ( customised package). Misalnya ada group pelajar dentist Malaysia yang belajar di Mesir yang perlu buat praktikal training di hospital dan memerlukan percakapan bahasa A'miyah dengan patien mereka. Ada juga yang memerlukan Bahasa Fushah tapi di kaitkan dengan pembelajaran makna al Quran. Ini lah yang di nama kan 'customised package" mengikut pilihan dan keperluan pelajar sendiri. Mungkin nak belajar untuk tafsir pelajaran di Universiti, buku-buku rujuan Library dan sebagainya.

Setakat ini lah coretan mengenalkan serba sedikit tentang RH QIROAT CENTRE.

Semoga semua bersama RH QIROAT CENTRE dan share seramai nya tentang kami sebagai ONE STOP CENTRE. Kami cuba sebaik nya, insya Allah untuk pelbagaikan aktibiti kami untuk menafaat kepada ramai.

Wassalam.

Media

Photos
Videos
Audios
Files

Keep in touch

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Friends

Profile Photo
Simple Fin صافيناز بنت عبد الرزاق
@fin

Recent Posts

Nisfu Sya’ban 1443H (2022)

  • March 18, 2022

©2026 RH QIROAT CENTRE 202203011355 (AS0443113-T)       Technology-Enabled Solutions by ILHAMCIPTA CODEGRAPHIC

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

Login

Lost password?
Create New Account

Log in with your credentials

or     Create an account

Lost your password?

Forgot your details?

I remember my details

Create Account